Search This Blog

Loading...

Wednesday, February 16, 2011

Penanaman Pokok Bonzai Kesinai

Anak pokok yang berumur 2 bulan.
Di Malaysia,Pokok Kesinai atau nama saintifik nya "Streblus Asper" banyak terdapat di hutan-hutan kecil dan belukar di kawasan utara tanah air,seperti Kedah dan Perlis.Kemungkinan kerana keadaan cuaca lembab dan keadaan tanah yang sesuai dengan kehidupan nya.Oleh kerana mudah nya terdapat di kawasan itu tidak hairan lah sepanjang jalan dari Perlis ke Padang Besar terdapat ramai pengusaha nursery yang menjual pokok-pokok tersebut.

Kalau sejak 10 tahun dahulu hingga sekarang ini pokok-pokok tersebut amat mudah di perolehi,adakah kemungkinan, lagi 10 tahun yang akan datang bilangan  pokok-pokok tersebut akan berkurangan sehingga usaha mendapatkan nya  akan  menjadi    lebih sukar,sehingga terpaksa meredah ke tepi-tepi  hutan.Oleh itu adalah satu tindakan positif sekira nya pokok ini di tanam sendiri secara komersial untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah di masa-masa akan datang.Dengan kekurangan bekalan dan pertambahan permintaan terhadap pokok hiasan landskape ini tak mustahil harga tanaman ini akan menunjukkan peningkatan apa lagi bila di tanak sendiri dengan struktur pokok boleh di bentuk mengikut cita rasa pelanggan.


Pokok kesinai berumur 2 bulan.
Penanaman pokok jenis ini biasa nya dia lakukan melalui "bud-grafting" di mana dahan pokok yang sesuai di buang bahagian kulit luarnya dan di letakkan tanah baja yang kemudian nya di balut dengan plastik atau benda lain yang di rasakan sesuai.Keberkesanan teknik tanaman cara  ini memang tidak boleh di nafikan.Tetapi untuk melakukan bud-grafting pada skala yang banyak menjadi satu kerja yang amat sukat.Mana kala penanaman  melalui anak-anak pokok yang tumbuh di sekeliling pokok indok sukar untuk untuk di cari kerana bukan semua pokok mengeluarkan anak melalui akar pokok tersebut.Ia nya banyak bergantung kepada kandungan mineral dalam tanah yang membantu pertumbuhan ibu pokok sehingga mampu mengeluarkan anak pokok melalui akar-akar nya.

Penanaman melalui cantasan dahan pula memerlukan teknik-teknik penanaman dan penjagaan yang sesuai sekiranya kita ingin melihat hasil yang memuaskan.Walau bagaimana pun kadar kehidupan anak pokok jenis ini agak rendah,sekitar 25-55 peratus sahaja.Ini mungkin di sebabkan oleh pengambilan dahan pokok yang tidak berapa sesuai,cara penanaman dan penjagaan yang tidak berapa teliti.Namun begitu teknik tanaman melalui cantasan dahan mampu menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan,berbanding dengan teknik mudah yang lain.

5 comments:

  1. Salam En Nasir, saya dari Petaling Jaya Selangor berminat untuk membeli pokok kesinai kecil, kalau boleh yang boleh hidup dalam pasu bunga. Nak tanya harganya dan dimana saya boleh dapatkan? Terima kasih.
    -Sara K.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sms saya no tel 017-3309809
      Terima kasih.

      Delete
  2. Harga anak pokok kesinak yang kecil harga nya RM30-00 sebatang.Pokok itu di tanam dalam polybag.Boleh di pindah ke dalam pasu bila2 masa.
    Anda boleh mendapatkan anak pokok kesinai dengan menelefon saha 017-3309809.Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum En Nasir.. saya nak tanya macam mana nak buat bagi daun pokok kesinai ni rimbun(lebat)? Apabila saya mencantas tunasnya tumbuh tak banyak.. sebab apa daunnya jadi besar-besar?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum En Nasir.. saya nak tanya macam mana nk bagi lebat tunas dan daunnya... kenapa daun pokok sinai jadi besar - besar?

    ReplyDelete